Assalammualaikum!

Hari ni Cik Orkid nak share cara buat KEK BATIK yang mudah tanpa guna telur.

Hanya memerlukan 5 barang sahaja.



BAHAN-BAHAN :

1. Milo 200g (paling kecil)

2.Buttercup 250g (Biarkan suhu bilik)

3. Susu Pekat Manis (ikut kemanisan masing2)

4. 1 Paket Biskut Marie (Nak sedap guna Jenama Munchy's)

5. Esen Vanilla (Untuk Kek bau wangi- tak letak pun tak pe)


CARA-CARA :




1. Satukan semua bahan Buttercup, Milo, Susu pekat ke dalam periuk. Gaul atas api perlahan sehingga bahan cair dan sebati.



2. Gaul sehingga bahan mendidih sedikit dan padamkan api.



3. Susun Biskut Marie ke dalam Loyang. 
(Kalau nak patah2 kan dan gaul sekali gus pun boleh, ikut kretiviti masing2)





4. Curahkan adunan tadi kedalam loyang. Nak lagi sedap...Susun biskut marie selapis, curah adunan , susun lagi, curah lagi..sampai habis. Kemudian Masukkan ke dalam Peti Ais selama 4 Jam. Kalau nak cepat , masukkan dalam Freezer, 2 jam da boleh makan!





Tadaaaaa!!!!Kek Batik yang sedap da habis di makan!haha

Selamat Mencuba!





6 Comments

  1. huishhh sedap nyer..senang pulak tu..jap lagi terus buat! hehehe

    ReplyDelete
  2. Hihi..biat jgn x buat...sdp sgt...buat kunyah2 time boring

    ReplyDelete
  3. Maaf...saya nak tanya kenapa adunan saya menjadi keras,berketul dan minyak dri butter tu terasing dri adunan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Api besar tu sis..api biar sederhana kecik je..pastu kena gaul laju2 supaya x berketul n keras

      Delete
    2. Api besar tu sis..api biar sederhana kecik je..pastu kena gaul laju2 supaya x berketul n keras

      Delete