Assalammualaikum


Pernah tak makan daging rusa? atau kalau kat sabah ni dikenali sebagai payau.
Hari tu suami outstaion di Tawau...dalam perjalanan balik dapat beli  1KG daging payau ni.

Payau sangat la enak, tidak berbau...dagingnya pun rasa manis. 
Biasanya suami minta dimasakkan black paper, disebabkan daging ada 1KG, jadi bahagi 2 la..separuh masak black paper, separuh lagi masak lemak cil api.

Jom tengok resepi Payau masak lemak cili api berapi.

BAHAN-BAHAN :

Blender semua bahan kecuali serai (dititik).



500g Daging payau.
Kentang dibelah 6.
CARA-CARA : 

Rebus bahan yang diblender tadi, masukkan serai dan asam keping, biarkan sehingga mendidih.
Masukkan daging, gaul dan biarkan seketika sehingga mendidih.
Masukkan Air dan kentang (daun limau perut pun aku letak untuk dapatkan bau wangi). Biarkan sehingga daging dan kentang empuk. Daging payau senang nak empuk berbanding daging lembu dan kambing.
Masukkan santan dan garam. Biarkan sehingga mendidih.
Siap untuk di makan.
Payau masak lemak cili api.

0 Comments