Assalammualaikum, welcome to my blog celotehcikorkid.blogspot.com

Agak-agak kalau malas nak uli doh buat kulit karipap, kita boleh gantikan doh dengan paratha segera ni.

Bagi Cik Orkid, Royal Paratha brand Fatihah Frozen Food paling sedap dan lembut.

Okay jom kita tengok Resepi karipap sedap dan viral ni.

Sebelum digoreng (gambar), nampak cantikkan kulit karipap ni walaupun guna paratha segera. 
Selepas digoreng, lembut tapi rangup. Memang sedap, wajib cuba tau. 

Tips karipap sedap : Inti dia wajib masak sedap-sedap barulah karipap pun jadi sedap macam orang jual. 

Bahan-bahan dan cara buat karipap kentang sedap dan viral. 

Bahan pertama kena ada inti karipap, nak pakai inti kentang boleh, nak pakai inti sardin pun boleh, tetap sedap. 

Bila dah ada inti, jom kita start. 

Sediakan sekeping paratha frozen, yang betul-betul baru keluar dari peti ais sejuk beku. 

Tak boleh pakai yang dah keluar lama dari peti sejuk sebab nanti melekit susah nak bentukkan karipap. 

Dan sediakan acuan bulat untuk kita cetak paratha tadi. 

Cik Orkid guna penutup dadih je macam dalam gambar bawah ni. 


Kemudian, mula lah cetak  bentuk bulat. 
Kalau penutup dadih tu kecik dapat la dua biji karipap, kalau besar, dapat sebiji je. 
Ni cara angkat paratha, kita jongketkan plastik paratha tu, lepastu kita angkat doh yang dicetak tadi. 
Masukkan inti karipap, jangan banyak sangat, nanti bocor dan susah nak klim karipap. 

Lekatkan hujung doh sampai semua inti tertutup. 


Kelim karipap macam biasa. Kalau tak reti, boleh guna acuan karipap, cari acuan yang saiz kecil. 

Tadaa, dah jadi karipap !! 

Sekeping paratha dapat 2 biji karipap, yang lebihan doh paratha tu macam mana pulak? 

Ha.. mudah je, korang letak sedikit minyak masak atas tapak tangan, kemudian bulat2 lebihan doh tu, leperkan sikit, letak inti, kelim jadikan karipap macam biasa. 

Jom kita goreng dengan api sederhana. 

Memang sedap tau! kena cuba. 

Cik Orkid nak share juga bentuk lain yang lebih mudah tak perlu kelim karipap. 

Belah kepada 4 bahagian kalau nak karipap saiz kecil. 

Belah kepada 2 bahagian kalau nak karipap saiz besar. 

Letakkan inti atas setiap belahan tadi. 

Angkat doh secara perlahan dengan jongketkan plastik paratha tu (rujuk gambar di bawah). 

Picit-picit keliling doh paratha supaya melekat dan inti tertutup. 

Jangan ada lubang tau, nanti takut masa goreng terkeluar inti. 
Lepastu, ambil garfu dan tekap pada keliling doh tadi. 

Tadaa! mudah dan cantik sekali. 
Gorengkan dengan api sederhana. 


Yey! Karipap viral siap! 

Jom makan panas-panas. 

Selamat mencuba! 

Kalau nak tengok video cara Cik Orkid buat karipap, boleh klik link di bawah. 




Terima kasih sudi membaca blog Cik Orkid, jangan lupa tinggalkan jejak anda di bawah tau, komen la sikit 😊




1 Comments