Hai Assalammualaikum.


Kali ni Cik Orkid kongsikan cara buat popia carbonara yang mudah hanya menggunakan prego sahaja. Tak perlu pening kepala nak buat rencah sendiri 😄 kita guna yang instant sahaja.

Jom kita tengok resepi popia carbonara dan cara buatnya.

Potong sayuran kegemaran, Cik Orkid guna lobak, kalau ada mix vege boleh guna mix vege je, lagi cepat dan mudah. 

Ini dia rupa mix vege, kat pasaraya ada jual frozen punya. 
Dadukan 3 atau 5 ulas bawang putih. 

Dadukan sebiji bawang besar. 


Dadukan 5 batang sosej. Nak guna crab stick pun boleh, campurkan je bahan kegemaran anda. 

Tumiskan bahan- bahan ni sampai naik bau. 


Bila bawang dah naik bau, masukkan sayuran keras dulu seperti lobak. 

Masukkan sosej. 

Masukkan prego perisa carbonara mushroom. Nak campur dengan perisa herb & cheese (tin kuning) pun lagi sedap.

Cik Orkid tak beli yang perisa cheese sebab kat rumah ni ada yang tak suka makan cheese. So, Cik Orkid letak cheese asing masa gulung popia nanti. 

Tambahkan sedikit air. Kalau nak rasa yang lebih creamy, letak susu dutch lady full cream milk. 

Masukkan daun sup. 

Perasakan dengan serbuk lada hitam, garam dan maggie cukup rasa atau kiub pati ayam. 


Masak sampai kuah agak kering supaya mudah nak gulung popia dan kulit popia tak mudah koyak atau rosak. 


Sejukkan inti dulu sebelum gulung kulit popia. Bila sejukkan, kuah akan jadi lagi kering. 

Sementara tu Cik Orkid potong cili api untuk pelbagaikan perisa. Suami suka gigit cili api, so kita bagi dia bulat-bulat camni, hehehehe... 

Bila inti dah sejuk, jom start menggulung popia. 

Letakkan inti di penjuru kulit popia. 

Kalau boleh pakai kulit popia brand KG, brand ni sangat bagus sebab kulit popia dia tahan lasak dan tak mudah kering dan rosak. 



Letakkan cili potong jika suka extra pedas macam suami Cik Orkid. 
Letakkan cheese jika suka, anak-anak dan mak suka cheese, so wajib letak 😄
Gulungkan kemas-kemas dan sedikit ketat agar kulit popia kekal rangup walaupun dah sejuk. 
Sapukan gam iaitu bancuhan tepung gandum dan air agar kulit popia tak mudah terbuka. 
Gorengkan dengan minyak yang cukup panas agar popia kekal rangup, tak lembik dan tak serap minyak. 

Kena rajin balikkan agar popia masak sekata dan kekal rangup. 

Toskan minyak. 

Tadaaa! siap sedia dihidang panas-panas. 
Krup krap krup krap apabila dimakan. 
Cik Orkid cicah sos je, hehehe.. sedap! 

Selamat Mencuba. 

Kalau nak resepi popia carbonara versi video, boleh juga tengok di youtube Orkids Channel. 

Atau klik je link ni :


Terima Kasih sudi singgah blog Cik Orkid, jangan lupa tinggalkan jejak anda di ruang komen ye. 

2 Comments