Hai Assalammualaikum.

Kali ni Cik Orkid kongsikan Cara Buat Apam Kampung yang sangat mudah dan sedap.

Sesuai dijadikan sebagai hidangan kuih-muih berwarna warni untuk majlis kenduri dan sebagainya.

BAHAN-BAHAN MUDAH : 

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1/2 sudu makan Yis Mauripan
1 1/4 cawan air suam

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati, adunan mestilah licin dan jatuh bertali.

Perap adunan didalam bekas bertutup sehingga adunan kembang dan naik 2x ganda, barulah apam akan menjadi ringan dan berongga.

Bahagikan kepada 3 bahagian dan letak warna kegemaran.

Cik Orkid buat warna asli putih (tanpa pewarna),hijau dan merah.

Minyakkan acuan yang hendak digunakan, dan tuang adunan berwarna tadi ke dalam acuan,tapi jangan tuang penuh ye,nanti adunan akan naik kembang lagi. Biarkan seketika sampai adunan naik penuh didalam acuan,barulah dikukus.

Panaskan kukusan dan kukus selama 15minit ke 20minit. Pastikan penutup kukusan dibalut kain agar air tidak menitik ke dalam adunan. 

Kalau tidak dibalut kain,apam akan bantat atau masuk air.

Selepas siap masak,keluarkan apam dan sejukkan sebelum dihidang bersama kelapa parut atau sambal tumis.

Selamat Mencuba.

Kalau nak tengok video cara buat step by step, bolehlah ke Youtube Chempaka Saffiyah : KLIK SINI UNTUK LIHAT VIDEO







0 Comments