Hai Assalammualaikum.

Memandangkan Cik Orkid baru sahaja lepas bersalin di Hospital Besar Melaka pada 13/12/2022, Cik Orkid nak kongsikan keperluan wajib dan simple yang dipakai sepanjang berada di sana.

12/12/22 - Pendaftaran untuk bersalin

Sampai sahaja di PAC (aras 2) , kita akan diarah untuk lakukan swap test covid di kaunter pendaftaran.

Selepas result negetif, kita akan dipanggil masuk kedalam dan tukar baju pink, buka siap-siap seluar dalam dan bra.

So, baju seluar check in tadi semua dah boleh bagi pada suami untuk dibawa pulang atau simpan di rak baju di loby PAC dan boleh dipakai semula masa balik rumah selepas bersalin.

Doktor akan panggil untuk di check up, buat ctg,scan,cek bukaan dan sebagainya mengikut individu.

Jika kita sudah sedia untuk melahirkan, kita akan tunggu turn untuk masuk ke labour room.


Barang Baby ke Labour Room :

1. Baju newborn lengan panjang tanpa seluar (dalam labour room sejuk, jangan bawa baju berlubang) 
2. pempes newborn
3. kain bedung baby yang siap topi 

13/12/2022 - Selepas bersalin

Jika ibu dan bayi tiada masalah, kita akan dihantar ke wad A3 (wad ibu bersalin) untuk dirawat dan dipantau selama 24jam.

Sampai di katil Wad ( Cik Orkid duduk bilik no 3, katil 11)- Setiap bilik ada 4 katil

Selepas hilang letih dan pening kepala, bolehlah ibu bangun, mandi dan tukar pakaian (baju pink) bersih, tukar lapik cadar yang terkena darah dan sebagainya.

Sepanjang di wad, baju pink hospital unlimited, so boleh pakai dan tukar bila-bila masa jika terkena darah dan sebagainya.

Barang IBU sepanjang duduk di hospital :

1. Berus gigi,ubat gigi,sabun mandian
2. Pad secukupnya ( Cik Orkid selesa pakai pad saiz 32cm panjang, beli yang overnight & kerap tukar pad jika sudah penuh)
3. Seluar dalam pakai buang
4. Tudung sarung 1
5. Cawan,sudu dan garfu
6. Charger HP,Power bank (jika perlu)
7. Cik Orkid bawa breast Pump (optional)/ nak marmet susu guna tangan pun boleh, nanti suap susu guna botol ada sudu di depan/picagari - tujuan:kita boleh sukat baby dapat susu ke tak, sebab biasanya hari pertama dan kedua,susu sangat kurang,susu antibodi pekat,jadi kadang baby dapat sangat sedikit. 

Lebih baik kita perah dan suap ke mulut baby supaya boleh monitor.

Pemberian susu secara direct amat digalakkan, Cik Orkid pump susu bila baby tidur, kemudian bila susu dah cukup Cik Orkid akan kejut dan suap baby.

Pengalaman 3 orang anak sebelum ni semua anak ada kuning yang tinggi, jadi Cik orkid gunakan ilmu dan pengalaman yang ada sebelum ni untuk pastikan baby tidak duduk bawah lampu. 

Sebab tu Cik Orkid sukat pemberian susu dan pastikan baby dapat minum susu,berak dan kencing.

Barang BABY sepanjang di hospital :

1. Pempes
2. Wipe
3. Bedung/napkin
4. Baju baby untuk balik rumah

Baju IBU untuk balik rumah :

Kain batik/seluar/skrit,baju,tudung sarung,sweater (jika perlu),bengkung sajat (hehe..maksudnya bengkung segera,xperlu ikat banyak2,bengkung main lekat2 je)

Itu sahaja barang ringkas yang perlu dibawa.

Cik Orkid bawa 2 beg, satu beg pegang, satu beg bahu.

Semoga penulisan ini bermanfaat dan membantu ibu-ibu buat persediaan sebelum melahirkan anak tak lama lagi.

Jemput Follow Blog cikorkid.com dan Subscribe Youtube Orkids Channel.

Terima Kasih.


0 Comments