Hai Assalammualaikum.

Selepas bersalin badan kita akan rasa lemah, letih, sejuk badan ,sembelit,perut buncit, rengat dan macam-macam lagi.

Untuk kembali segar,cergas,bertenaga dan selesa ibu perlu sediakan keperluan penting yang Cik Orkid akan share ini.

(1) SET BERPANTANG (PARAM,PILIS,TAPEL)

Cik Orkid setia memilih produk dari Sariayu.

Bidan Cik Orkid yang perkenalkan produk ini semasa sesi berurut , Cik Orkid sangat menyukainya dan terus beli untuk dipakai sepanjang berpantang.

Set Berpantang 3 in 1 Sariayu terdiri daripada :

1. Krim Pilis 100ml (Calming Cream)
Sapu di dahi bagi menghilangkan rasa pening atau gelap mata semasa berpantang. 

Bila pakai krim ni, rasa berangin sedap je kepala ni, dengan bau herba yang wangi. Best betul !

Cik Orkid pergi klinik check up baby pun pakai kat dahi, tak nampak pun macam kita pakai pilis, so takde la malu kan.

Kalau bersalin sebelum ni, encik suami belikan pilis herba yang macam orang dulu pakai, jadi bila ke klinik, Cik Orkid segan nak pakai.hihihi...

2. Krim Tapel 150ml (Body Contour Herbal Cream)
Disapu di bahagian perut sebelum memakai bengkung.

Perut rasa sedap je, darah nifas pun lancar je keluar. Perut tak buncit kalau amalkan betul-betul.

3. Krim Param 150ml (Warming Herbal Cream)
Disapu di seluruh tubuh badan ibu selepas berurut, selepas mandi, selepas bertungku ,bila terasa badan seram sejuk atau bila-bila masa diperlukan. Krim ini memberi kehangatan dan kesegaran pada badan. Bau pun sangat wangi dan menenangkan ibu yang baru lepas bersalin.

Ini paling Cik Orkid suka, selepas sesi berurut,selepas mandi dan selepas bertungku, Cik Orkid sapu pada seluruh badan. 

Rasa berangin krim ni bila dipakai, melegakan betul, lepas mandi kan badan sejuk, jadi bila sapu krim param ni, rasa hangat je. Bau pun memang wangi herba. Barulah terasa aura orang berpantang.

Boleh dapatkan Produk Sariayu disini :
(2) MINYAK URUT HERBANIKA NONA ROGUY 120ML

Digunakan sebagai minyak urut bagi menyegarkan badan ibu dalam pantang bersalin, melegakan sakit-sakit ringan pada otot dan sendi selepas bersalin dan melancarkan peredaran darah.

Sapu minyak herbanika di bahagian pinggang,pinggul,perut,belakang badan celah peha dan tapak kaki. 

Mujarab digunakan untuk urutan. Cik Orkid tiap hari selepas mandi suka urut tapak kaki sendiri semasa dalam pantang sebelum pakai stokin.

Bila lenguh dukung baby, Cik Orkid akan gunakan minyak ini untuk urut lengan yang lenguh.

Bila baby meragam sebab perut kembung pun Cik Orkid urut perut baby guna minyak ni je selain sapu minyak telon.

Boleh dapatkan Minyak Herbanika di sini : 

(3) HERBA MANDIAN
Lepas bersalin biasanya badan cepat letih,lesu dan berbau hanyir.

Jadi, sangat bagus ikhtiar mandian herba ni supaya badan segar dan wangi.

Kalau duduk di kampung, keliling rumah boleh petik herba-herba ni. 

Tapi kalau tinggal di bandar, mudah beli yang dah siap dipacking.

Boleh dapatkan Herba Mandian di sini :
(4) MINYAK RAMBUT 

Cik Orkid memilih Franch Herbal Hair Oil warna hijau .
Minyak rambut ni best, bila pakai rambut tak bau hapak. 

Cik Orkid pakai sepanjang berpantang dan selepas berpantang, Cik Orkid ikat rambut tinggi-tinggi dan ketat.

Orang tua-tua cakap, kalau nak muka tegang tak cepat kedut masa meniti usia, semasa ikat rambut tu,tarik tegang-tegang sampai rasa sakit kulit kepala. Ikat ketat-ketat.

Tak tahu la mitos ke tak, tapi Cik Orkid suka ikut sebab kepala rasa ringan dan sedap je.

Boleh dapatkan Franch Herbal Hair Oil di sini : 

(5) TUNGKU HERBA ELEKTRIK MAHTHIKA

Dah tak perlu susah-susah nak panaskan batu atas api lagi. Mudah pakai tungku elektrik ni.Tiba-tiba jadi rajin bertungku.

Biasanya ,Cik Orkid akan panaskan sesiap sebelum mandi. Jadi, selesai mandi dah terus boleh bertungku. 

Melegakan rengat, bantu cepat mengecutkan rahim, kalau rasa sakit macam senggugut tu,cepat-cepat bertungku. Lega sangat,badan pun jadi ringan.

Design Cik Orkid ni pakai dari anak no 3 , dan kini pakai untuk anak no 4. Bertahan lama tau. Tak cepat rosak. 

Lepas ni dah boleh pas pada adik-beradik lain yang bersalin pula. Sharing is Caring gitu.

Satu perkara lagi yang bestnya, HQ MAHTHIKA sentiasa upgrade design tungku ni jadi lebih baik.

Boleh dapatkan Tungku Herba Elektrik Mahthika di sini :


(6) STOKIN BERPANTANG
Tiap kali bersalin mesti beli stokin ni sebab material kainnya lembut, gebu berbulu, tak nipis dan tak tebal. Sesuai sangat pakai masa berpantang. Tak rugi borong banyak sebab murah dan boleh tukar-tukar setiap hari.

Boleh dapatkan Stokin Berpantang di sini :

(7) MINUMAN HERBA 
Minuman wajib sepanjang berpantang, Cik Orkid suka minum suam-suam. Badan rasa segar dan bertenaga.

Selain tu, minuman herba ni boleh jadi sebagai milk booster, kalau amalkan hari-hari insyallah susu meriah dan bantu pekatkan susu juga.

Sekarang di eco shop pun dah ada jual minuman herba ni, tapi kalau nak mudah order online je.

Boleh dapatkan di sini sebab seller ni dah siap-siap packing untuk sukatan segelas, jadi mudah untuk ibu-ibu bancuh :


Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi ibu-ibu yang bakal bersalin dan berpantang tidak lama lagi.


2 Comments