[KLIK SINI] VIDEO RESEPI DI YOUTUBE ORKIDS CHANNEL


Hai Assalammualaikum.

Kali ni Cik orkid kongsikan kuih untuk minum petang anak-anak iaitu popia sayur.

Kuih kegemaran anak-anak Cik Orkid, kalau buat popia ni, sekejap je habis dimakan panas-panas.


Bahan membuatnya pun sangatlah mudah.

BAHAN-BAHAN :

Kulit popia 
Kobis (hiris)
Lobak (hiris nipis)
Gam (bancuhan tepung gandum dan air)

Tips gulungkan popia agar kekal rangup apabila digoreng.

Gulungan mestilah kemas dan ketat, jangan geleber,supaya popia garing dan tak cepat lembik apabila digoreng.

Goreng dengan api perlahan dna sentiasa gaul supaya masak sekata.

Makan panas-panas cicah sos pun sedap.

Sos tu Cik Orkid guna sos cili je tambahkan dengan sedikit air panas supaya sos jadi sedikit cair dan boleh cicah.

Kalau nak tengok step by step Cara Buat Popia Goreng bolehlah ke Youtube Orkids Channel.

atau 

Selamat Mencuba


0 Comments