Assalammualaikum Apa khabar Semua πŸ˜ƒ
Hidup kat dunia ni tak perlu nak stress2 ..hadapi je ujian hidup dengan sabar.
Eh! ingat senang ke nak sabar? stress la fikir duit x cukup😫😫😫 la..nak bagi makan anak2 lagi..sekolah anak lagi..
Ha..sabar,jangan stress2 okay,Sal pun pernah alamai kejatuhan..stress sedih semua tu Sal da alami...Sal sentiasa mencari jalan untuk hilangkan tekanan hidup..Sal jadi panas baran,suka marah2 anak da sebagainya...
Tapi sejak 4 tahun lepas Sal da amalkan solat sunat dhuha,tahajjud,solat 5 waktu di awal waktu..Alhamdulillah .Sal nampak kesan dia ...kesan yang sangat luar biasa... walaupun duit tak cukup masa tu...makan pun kais pagi makan pagi,kais petang makan petang  tapi rasa macam magic sangat ..Allah bantu buat hati rasa tenang je...tak rasa pun tertekan ...rasa cukup je...da tak marah2 anak ..eh! memang macam magic la....bila Sal nampak je kesan yang hebat tu..Sal teruskan sampai la sekarang ni...Alhamdulillah...tak pernah lagi Sal rasa susah hati sebab kesempitan hidup.
Okay Sal nak kongsikan cara melakukan tahajjud untuk yang baru nak belajar2 istiqomah.
Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
Sebelum tu, korang kena tahu syarat nak lakukan solat sunat tahajjid ni :
➡️ Mesti tidur dulu walaupun sekejap
➡️ Dilakukan selepas isyak sehingga sebelum azan subuh.
➡️ Paling kurang 2 rakaat atau semampu korang
CARA-CARA MELAKUKAN SOLAT TAHAJJUD
1. SEBELUM TIDUR
Selepas baca doa tidur, niat dengan ikhlas nak lakukan tahajjud dan bisikan  dalam hati begini "Ya Allah, aku nak bangun tahajjud,bantu ye...moga2 ada rezeki dapat buat tahajjud"
Insyaallah, walaupun badan penat macam mana pun,tidur tak cukup ke,Allah akan tetap bagi rezeki untuk bangun..masa tu,korang kena kuatkan semangat untuk bangkit dari tidur dan lakukan solat tahajjud...Allah da bagi rezeki bangun, korang jangan tolak pula rezeki tu tau... umpama korang dapat durian runtuh RM100K tetiba korang tolak,rugi tak rasa??
So, bangun dan berwuduklah πŸ˜ƒ
2. Niat solat sunat tahajjud
Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala
Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala.”
Bacaan Solat Sunat Tahajjud
Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al- Fatihah dan surah al-Kafirun
Pada rakaat kedua hendaklah baca surah al- Fatihah dan surah al-Ikhlas
Kemudian beri salam. SiapπŸ˜„πŸ˜„
Ha mudahkan..lakukan hari2 secara istiqomah okay.
Tu je la dulu, tq baca entry Sal. Jumpa lagi di lain entry. Jangan lupa baca entry2 Sal yang sebelum2 ni k.Tq uolsss 😘😘😘

0 Comments